Berita
Ts Inv. Dr Shelena Soosay Nathan Penerima Anugerah Young Faculty (IT) di 9th CAM 2023, India
CHENNAI: Venus International Faculty Awards (VIFA) telah diperkenalkan sejak tahun 2015 oleh Centre for Learning Network (CLN), Venus International Foundation (VIF).
Majlis penyampaian anugerah ini dilaksanakan secara tahunan semasa forum Contemporary Academic Meet (CAM).
Pada tahun ini, seorang staf Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Ts Inv. Dr Shelena Soosay Nathan telah dipilih sebagai salah seorang penerima anugerah bagi kategori Young Faculty dalam bidang Teknologi Maklumat (IT).
Pengiktirafan ini menandakan pencapaian beliau yang luar biasa dalam bidang keilmuan dan pengajaran dalam bidang teknologi maklumat.
Anugerah telah disampaikan oleh Pengerusi VIF, Dr Ramakrishnan Sathishkumar.
Forum ini berlangsung pada 15 Julai 2023 di Green Park Chennai, India dihadiri lebih 50 deligasi dari pelbagai negara termasuk Malaysia, India, dan Arab Saudi yang terdiri dari pelbagai bidang kepakaran, antaranya Kejuruteraan Elektrik, Pembuatan Mikro, Kesihatan dan Perubatan, dan Kepintaran Buatan (AI).
Tema forum CAM 2023 adalah Future Shape of Higher Education, Technological Change and Expectations of the Next Generation Students.
Dr Shelena yang juga merupakan salah seorang pengucaptama telah berkongsi idea serta pengetahuan beliau melalui syarahan bertajuk Internet of Things (IoT): Sci-Fi to Reality.
Sesi syarahan yang berlangsung selama 30 minit membuka banyak interaksi positif bersama peserta yang berminat dengan perkembangan IoT masa kini.
Forum ini juga memberikan banyak manfaat terutama bagi tujuan kolaborasi antarabangsa serta mempromosikan UTHM diperingkat global.
Dengan demikian, kehadiran Dr Shelena sebagai penerima Anugerah Young Faculty dan pengucaptama dalam forum ini merupakan penghargaan terhadap sumbangan beliau dalam bidang pendidikan dan pengetahuan tentang IT dan IoT.
Hal ini juga menunjukkan reputasi dan pengiktirafan antarabangsa kepada UTHM sebagai pusat pendidikan yang unggul dalam menghasilkan staf akademik yang berkualiti dan kompeten dalam pelbagai bidang.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor