Berita
Perkongsian dan Motivasi Mendepani Cabaran Menyiapkan PhD: Its MY Way; PhD Chasing a Dream and Reality
PAGOH: Program yang bertajuk Perkongsian dan Motivasi Mendepani Cabaran Menyiapkan PhD telah dilaksanakan pada 13 September 2023 di Bilik Mesyuarat 3, UTHM Pagoh oleh Jawatankuasa Pembangunan Staf dan KTP dengan kerjasama Kelab Staf, serta beberapa kumpulan fokus Pusat Pengajian Diploma (CeDS).
Program perkongsian ini telah disampaikan oleh Ts Dr Izat Bin Yahaya yang juga merupakan Pengerusi Kelab sStaf dan pensyarah kanan di Jabatan Kejuruteraan Awam, CeDS.
Antara objektif program ini adalah bagi berkongsi pengalaman serta tip selain mendengar cadangan dan permasalahan yang sedang dihadapi oleh staf-staf yang sedang menyambung pengajian di peringkat PhD di UTHM dan juga universiti awam yang lain.
Sepanjang program dijalankan, Ts Dr Izat telah berkongsi pengalaman beliau sepanjang pengajian beliau bermula dari peringkat rendah sehingga menamatkan pengajian PhD.
Turut dikongsi oleh Dr Izat adalah tip-tip berguna dalam menghadapi cabaran berdasarkan pengalaman beliau sendiri seperti cara beliau menangani tekanan dan membahagi masa dalam menyiapkan pengajian PhD dengan lebih efektif, kata-kata dan video pendek yang berkonsepkan motivasi bagi memberi momentum kepada staf yang telah lama berjuang dalam mendepani cabaran menyiapkan pengajian PhD.
Program yang berlangsung selama tiga jam melibatkan kehadiran seramai 16 orang peserta yang terdiri dari staf kanan dan juga staf baru dari pelbagai jabatan telah dikelolakan dengan oleh Dr Azraie dari Jabatan Kejuruteraan Awam sebagai moderator disokong oleh beberapa ahli jawatankuasa yang lain bagi menjayakan program tersebut.
Soal selidik melalui Google Form turut dikongsikan bersama peserta bagi mengetahui lebih mendalam akan permasalah serta cabaran yang dihadapi. Semua peserta telah memberi kerjasama yang baik dengan juga turut berkongsi pengalaman masing-masing yang diharap dapat dicadangkan kepada pihak pengurusan CeDS.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor