Skip to main content

Berita

Lawatan Potensi Kolaborasi CeDS ke REV Enterprise

Oleh Ts Nurul Izzati binti Mohd Ismail, Puan Basirah binti Fauzi
03 Januari 2024, 12:18 pm
Lawatan Potensi Kolaborasi CeDS ke REV Enterprise

BATU PAHAT: Suatu lawatan ke RFV Enterprise yang diketuai oleh Timbalan Dekan Pembangunan, Penyelidikan dan Penerbitan, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Ts Dr Hazlini binti Dzinun, dan Dekan Fakulti Sains Gunaan (FAST), Prof. Madya Dr Mohamad Zaky bin Noh bersama dua orang staf akademik daripada Jabatan Sains dan Matematik, CeDS telah diadakan pada 2 Januari 2024 (Selasa) yang lalu.

Lawatan tersebut bertujuan untuk membincangkan mengenai potensi kolaborasi dua hala antara RFV Enterprise dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam penghasilan makanan ternakan.

Pihak RFV Enterprise yang diketuai oleh Pengarah Urusan, Encik Mohd Amin bin Abdul Rahman telah menyambut baik lawatan tersebut dan bersedia untuk memberikan kerjasama dengan para penyelidik UTHM.

Tambahan pula, pihak RFV Enterprise belum pernah mengadakan kerjasama dengan mana-mana universiti.

Oleh itu, beliau sangat mengalu-alukan kerjasama yang ingin dibuat dan berhasrat membantu para penyelidik berdasarkan kepakaran yang beliau ada sepanjang 13 tahun mengusahakan RFV Enterprise.

Lawatan seperti ini amatlah digalakkan bagi membantu para penyelidik UTHM memahami keperluan industri dan menyatupadukan kepakaran dari setiap pihak.

Selain itu, lawatan ini juga telah merapatkan hubungan antara RFV Enterprise dan UTHM sekali gus dapat membantu dalam mempromosikan kemahiran dan perkhidmatan yang ada di UTHM kepada pihak luar.