Skip to main content

Berita

Inovasi Pengajaran Fizik Berasaskan Lestari Alam Sekitar Asah Pelajar Kreatif

Oleh Dr Siti Samahani binti Suradi
31 Disember 2023, 10:36 am
Inovasi Pengajaran Fizik Berasaskan Lestari Alam Sekitar Asah Pelajar Kreatif

PAGOH: Dwi-mini karnival berteraskan aplikasi fizik dalam kehidupan telah berjaya dilaksanakan pada dua sesi yang berbeza iaitu pada 21 dan 28 Disember 2023 oleh 67 pelajar tahun 1 sesi 2023/2024 bagi jurusan Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia (DAK), dibawah bimbingan Dr Siti Samahani binti Suradi dan Dr Dilaeleyana binti Abu Bakar Sidik.

Dwi-mini karnival bertajuk Uniphysic Fest and Physic O’Clock ini dirasmikan oleh Dr Dilaeleyana selaku Ketua Jabatan Sains dan Matematik, Pusat Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

“Kerjasama berpasukan dan penerapan pengetahuan asas prinsip fizik yang lebih baik dengan kreativiti tersendiri dapat diperolehi oleh setiap pelajar, ini dapat dilihat melalui program ini, syabas buat semua pelajar” katanya.

Pengolahan sesi mini karnival dari dwi-mini karnival ini jelas memberikan impak yang sangat berkesan kepada mahasiswa / siswi dimana mereka berjaya menerapkan nilai-nilai pengetahuan sains, teknologi dan matematik (STEM) melalui pembentangan hasil kepelbagaian rekacipta mereka yang berasaskan bahan sisa terpakai.

Antara reka cipta kreatif dari para pelajar seperti Elasticity Boat, The Depth, Jumbo Racer, The Blue Boat, Balloon-Powered Car, Density of Fluid, Bottle Fountain, Magic Balloon, Angry-bird, Electricity Move, DIY-Claw Machine, Hello..??? dan Hydraulic Crane. Setiap rekacipta mereka menerapkan prinsip-prinsip fizik seperti hukum Pascal, ketumpatan, momentum, spesifik haba, inersia, hukum Newton, tenaga keupayaan, elastic, daya apungan dan prinsip keabadian tenaga.

Reka cipta aplikasi fizik berasaskan bahan sisa terpakai dipersembahkan dengan tayangan video, infografik dan kaedah-kaedah lain dalam menarik perhatian pengunjung yang hadir seperti kuiz secara maya, soal-jawab dan pelbagai bentuk permainan.

Kemeriahan dapat dilihat sepanjang program ini melalui komitmen yang diberikan oleh setiap mahasiswa / siswi dalam berkongsi ilmu pengetahuan kepada para pengunjung yang hadir ke karnival tersebut.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih atas usaha para pelajar siswa-siswi dan pensyarah yang telah memastikan dwi-mini karnival ini dapat dilaksanakan dengan baik dan mendapat sambutan yang meriah dari pelajar UTHM Pagoh.


Dwi-Mini Karnival Fizik 2023