Berita
Program Sanggar Lestari Siri 1 / 2024, Eratkan Ukhuwah Staf CeDS
PORT DICKSON: Pusat Kepimpinan dan Kompetensi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Program Sanggar Lestari Siri 1/2024 pada 3 hingga 5 Mac 2024 bertempat di Avillion Admiral Cove, Port Dickson.
Program ini melibatkan penyertaan seramai 60 staf dari Pusat Pengajian Diploma (CeDS), UTHM, diketuai YBhg. Dekan, Ts Inv. Dr Mohd Shahir bin Yahya.
Program ini yang berkonsepkan pembinaan pasukan (team building) memberi penekanan terhadap semangat kerjasama berpasukan dalam menjayakan misi, visi dan teras UTHM iaitu Amanah, Profesional dan Inovatif (API).
Pengisian program ini disusun melalui modul-modul yang dirangka khusus bagi mewujudkan satu pasukan yang mantap dalam persekitaran kerja yang kondusif dan menggembirakan.
Semoga program ini dapat dikekalkan dan diteruskan agar dapat memberi semangat dan motivasi kepada staf UTHM dalam membentuk kerjasama antara staf dari pelbagai gred jawatan.
Program Sanggar Lestari Siri 1 / 2024
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor