Skip to main content

Berita

Kolaborasi 3P Antara CeDS dan FKMP Membawa Erti Kebersamaan

Oleh Ts Inv. Dr Mohd Shahir bin Yahya, Ts Inv. Mahmod Abd Hakim bin Mohamad
21 Mac 2024, 1:57 pm
Kolaborasi 3P Antara CeDS dan FKMP Membawa Erti Kebersamaan

PAGOH: Suatu inisiatif perbincangan dalam merelisasikan erti kebersamaan telah diadakan pada 21 Mac 2024 diantara, Pusat Pengajian Diploma (CeDS) dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan (FKMP), UTHM, dengan hasrat untuk meningkatkan kolaborasi dalam 3P iaitu penyelidikan, penerbitan dan penyeliaan. Langkah ini bertujuan untuk memperluas pengalaman staf akademik CeDS dalam penyelidikan, penerbitan serta memperkaya pengalaman penyeliaan bersama bagi pelajar siswazah.

Inisiatif yang sangat baik yang dibawa oleh Dekan bersama kumpulan Pengurusan FKMP sangat bermakna bagi CeDS dalam mengembangkan potensi staf akademik CeDS.

Profesor Ts Dr Amir Khalid, Dekan FKMP, menyatakan, "Inisiatif kolaborasi 3P ini perlu dimulakan dan dipanjangkan kepada semua staf akademik UTHM dalam mengembangkan potensi staf akademik supaya sama-sama maju dalam kerjaya. Inisiatif awal yang boleh dilaksanakan adalah dengan mengadakan penyeliaan bersama pelajar ijazah sarjana muda dan siswazah.”

Kolaborasi ini membolehkan penyeliaan bersama antara pusat dan fakulti, yang dapat dimanfaatkan oleh staf akademik CeDS yang mempunyai pengalaman dari pelbagai bidang. Ts Inv Dr Mohd Shahir Yahya, Dekan CeDS, menekankan, "Penyeliaan bersama ini dapat memberi ruang dan peluang kepada pensyarah CeDS dalam meningkatkan pengalaman penyeliaan siswazah khususnya dan membantu mendapatkan pandangan bersama yang komprehensif dalam pembangunan penyelidikan pelajar."

Kolaborasi ini diharapkan dapat membuktikan bahawa dengan berganding bahu, kita dapat mencapai pencapaian penyelidikan bersama-sama dalam memberikan impak yang lebih besar kepada staf universiti, masyarakat dan dunia secara keseluruhan.