Skip to main content

Berita

Kerjasama Akademik Bersama Industri Cosmo Skills Sdn Bhd Tingkatkan Nilai Tambah Kepada Pelajar Diploma UTHM

Oleh Ts Inv Dr Mohd Shahir bin Yahya, Ts Inv Mahmod Abd Hakim bin Mohamad, Encik Ahmad Faiz bin Mat Zian @ Mat Zin
18 Julai 2024, 9:50 am
Kerjasama Akademik Bersama Industri Cosmo Skills Sdn Bhd Tingkatkan Nilai Tambah Kepada Pelajar Diploma UTHM

SUNGAI UDANG: Lawatan akademik ke industri Cosmo Skills Sdn Bhd telah dilaksanakan dengan jayanya oleh delegasi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang bertujuan untuk mengadakan perbincangan dan kerjasama akademik khususnya dalam bidang latihan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan bidang kejuruteraan.

Delegasi UTHM yang dihadiri oleh Ts Inv Dr Mohd Shahir bin Yahya selaku ketua deligasi lawatan, Ts Inv Mahmod Abd Hakim Mohamad dan Encik Ahmad Faiz Mat Zian @ Mat Zin disambut dengan mesra oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cosmo Skills Sdn Bhd iaitu Ts Azhar Ahamat beserta Pengarah Operasi syarikat, Tuan Haji Mohd Zaki Hassan dan Encik Muhammad Naquib Tajudin selaku Pengurus Pembangunan Perniagaan syarikat.

Di awal perbincangan, delegasi pensyarah diberi taklimat oleh Encik Muhammad Naquib Tajudin mengenai sejarah penubuhan syarikat, visi, misi, dan struktur organisasi Cosmo Skills Sdn Bhd di samping pengenalan kepada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat.

Peluang kerjaya dan latihan industri yang jalankan di Cosmo Skills Sdn Bhd turut juga dibentangkan.

Beberapa perkara dibincangkan seperti kerjasama dan kesepakatan dalam menjalankan kursus kompetensi yang bersesuaian kepada pelajar diploma UTHM.

Selain itu, potensi meningkatkan kompetensi pensyarah juga dibincangkan dengan mensasarkan beberapa kursus yang bersesuaian dengan kepakaran pensyarah CeDS.

Latihan industri juga turut mendapat perhatian pihak syarikat di mana dalam masa terdekat pihak syarikat memerlukan 2 orang pelajar CeDS untuk menjalani latihan industri.

Delegasi juga dibawa melawat ke bahagian ruang latihan, seperti ruang kuliah, surau dan kemudahan lain yang disediakan di premis syarikat.

Di akhir perbincangan, sesi menandatangani Letter of Intend (LOI) yang berjaya dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi hubungan kerjasama ini.

Lawatan kerja ke industri Cosmo Skills Sdn. Bhd. telah memberi banyak manfaat kepada para delegasi pensyarah dalam mengembangkan rangkaian kerjasama dalam pembangunan kompetensi dan nilai tambah kepada pelajar diploma UTHM.

Pihak fakulti berharap agar lawatan sebegini dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa hadapan untuk memberi lebih banyak manfaat kepada pelajar dan pensyarah.