Berita
Karya Seni Kreatif Pelajar Diploma Teknologi Animasi Sebagai Wadah Keusahawanan
PAGOH: Seramai 72 orang pelajar tahun 1, Diploma Teknologi Animasi (DAG) telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam program Karnival Time Travel FAST dengan membuka reruai (booth) A-Berbudaya, yang berlangsung dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang di Dewan A9, Kolej Kediaman Pelajar UTHM Pagoh. Mereka diiringi oleh seorang pelajar tahun 2 DAG, Saudara Nur Muhammad Hidayat Khan bin Sakhir Sultan dan pensyarah Encik Mokhtar bin Yahya yang bertindak sebagai mentor. Program ini dijalankan atas jemputan daripada Kelab Sains dan Teknologi (STC), Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST).
Tujuan program ini adalah sebagai wadah untuk memperkasakan kemahiran keusahawanan dalam kalangan mahasiswa DAG dengan memberi penekanan kepada penghasilan karya seni kreatif seperti ilustrasi karakter bersumberkan budaya Melayu. Pendedahan ini penting agar pelajar dapat menerapkan minda keusahawanan, bukan sekadar menghasilkan karya kreatif di dalam kelas, malah dapat menjualnya kepada masyarakat umum.
Tepat jam 7:30 pagi, pelajar DAG telah menyediakan reruai A-Berbudaya yang mempamerkan hasil karya seni yang sangat menarik dan kreatif. Selain itu, demonstrasi lukisan secara langsung turut diadakan di mana pelajar menunjukkan cara menghasilkan karya seni menggunakan pelbagai media seperti arang, warna akrilik, pensel, dan digital.
Penjualan hasil karya seni ini adalah sebagai satu cara untuk mempromosikan karya-karya pelajar DAG. Aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman sebenar dalam dunia keusahawanan dan meningkatkan keyakinan mereka dalam berinteraksi dengan pelanggan.
Pendedahan program ini amat penting untuk memastikan pelajar dapat menerapkan minda keusahawanan dan sebagai persediaan sebelum menghadapi kehidupan sebenar selepas tamat pengajian. Harapan adalah supaya pelajar DAG bukan sahaja hebat dalam penghasilan karya, namun, boleh menjadi usahawan muda yang berdaya saing.
Reruai A-Berbudaya di Karnival Time Travel FAST
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor