Skip to main content

Berita

Program Young Technologist @ School 2024: Sizzle to Scent – 3W's (Waste, Wonder, Wealth)

Oleh Puan Rozainita binti Rosley
06 Jun 2024, 5:43 am
Program Young Technologist @ School 2024: Sizzle to Scent – 3W's (Waste, Wonder, Wealth)

MUAR: Pelajar Tahun 1 Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia (DAK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan program Young Technologist@ School 2024: Sizzle to Scent – 3W's (Waste, Wonder, Wealth) di bawah penyeliaan Puan Rozainita binti Rosley.

Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan mendedahkan ilmu pengetahuan kepada pelajar sekolah berkaitan bidang Kimia STEM dalam kursus Kimia Analitikal serta aplikasinya dalam kehidupan seharian.

Seramai 66 orang pelajar dan 20 orang guru pengiring dari Sekolah Kebangsaan Parit Setongkat telah terlibat dalam menjayakan program ini.

Melalui program ini, pelajar sekolah didedahkan dengan pengetahuan dan kefahaman dalam kursus Kimia Analitikal yang penting untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan tinggi dalam bidang STEM.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan antara Jabatan Sains dan Matematik, Pusat Pengajian Diploma UTHM dengan pihak sekolah.

Ini akan memudahkan pelajar sekolah untuk memperoleh maklumat mengenai pengajian di peringkat universiti dan peluang menyambung pengajian di UTHM.

Pelajar juga dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh daripada pelajar UTHM melalui aktiviti praktikal yang dijalankan di sekolah.

Program ini telah berjalan dengan jayanya dan tamat sekitar pukul 12:00 tengah hari.


Young Technologist @ School 2024: Sizzle to Scent – 3W's (Waste, Wonder, Wealth)