Berita
Jaringan Indusri Perkasa Inovasi Teknologi Hijau
GELANG PATAH: Para penyelidik Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) memperkukuhkan jaringan industri dengan pihak SAMTEC menerusi lawatan dan sesi perkongsian ilmu berkaitan amalan teknologi hijau di kilang Samtec Plating (M) Sdn Bhd.
Lawatan jalinan industri ini sangat berkesan dengan pelbagai aktiviti yang efektif telah disertai oleh 6 orang pelajar tahun akhir diploma yang berbeza program bersama 3 orang pensyarah, juga para penyelidik kumpulan fokus MeTER dan SURE, iaitu Dr Siti Samahani binti Suradi, Puan Rozainita binti Rosley, dan Dr Mohd Khairul Nizam bin Mohd Zuhan. Pendedahan amalan teknologi hijau dan kelestarian alam sekitar sangat ditekan oleh pihak SAMTEC yang diwakili oleh Puan Nor Jannatun Adni binti Ibrahim selaku Ketua Jurutera SAMTEC.
"Pihak kami senantiasa mementingkan tahap kualiti air dan udara yang dilepaskan dari kilang ini. Keberkesanan amalan ini dapat diperlihat melalui mekanisma ekosistem kolam air takungan yang baik hasil dari sistem air keluar yang bertindak sebagai bioindikator menjadi penanda aras kualiti air", penerangan jelas dari Puan Nor Jannatun Adni.
Selain itu, sumber tenaga diperbaharui juga dilaksanakan secara berkesan dengan penjanaan tenaga elektrik dari proses pengurusan rawatan air sisa dan binaan sistem solar oleh pihak SAMTEC. Para pelajar diberikan pendedahan kepada proses pembuatan komponen elektronik melalui penyaduran bahan logam berperingkat hingga kaedah penjimatan dan penggunaan tenaga diperbaharui. Beliau dan pasukannya memberikan kerjasama yang sangat baik dalam perkongsian ilmu yang bermanfaat.
Lawatan ini memberikan impak yang tinggi dalam menginspirasikan para pelajar untuk menjadi lebih kreatif dan berminat terhadap bidang-bidang yang kritikal pada masa kini. Tambahan lagi, pengisian yang padat ini dapat menarik minat para pelajar untuk menceburi pekerjaan yang berkaitan bidang ini dan diadaptasikan kelak di alam pekerjaan.
Lawatan Industri Pelajar dan Pensyarah Diploma ke SAMTEC
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor