Berita
Persijilan Kompetensi Pelajar: Perbincangan Strategik Antara CeDS dan FPTV Dalam Memberikan Nilai Tambah Kepada Pelajar Diploma
PARIT RAJA: Pusat Pengajian Diploma (CeDS) UTHM telah mengadakan sesi perbincangan bersama Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional (FPTV) untuk memperkukuh kerjasama dalam persijilan kompetensi pelajar. Perbincangan ini bertujuan untuk memastikan pelajar CeDS mendapat persijilan kompetensi yang bersesuian dan dapat menjadi nilai tambah sebelum pelajar menjalani latihan industri. Delegasi CeDS yang diketuai oleh Ts Inv. Dr Mohd Shahir bin Yahya, bersama wakil jabatan CeDS iaitu Encik Ahmad Faiz Mat Zian@ Mat Zin (JKM), Ts Tengku Nadzlin bin Tengku Ibrahim (JKE), Puan Norhafiza binti Samion (JKE), Puan Nooraiin binti Mohd Razali (JKA) dan Cik Bakhreza binti A. Talip (JTM) hadir perbincangan ini, manakala pihak FPTV diketuai oleh Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), Ts Dr Mohd Hasril bin Amiruddin, Ts Reyanhealme bin Rohanai selaku wakil Ketua Jabatan Kemahiran dan Profesional, Ts Abdul Wafi bin Abdul Rahman dan Encik Hafiz bin Mohd Zaini.
Dalam pertemuan tersebut, pihak FPTV telah membentangkan modul dan persijilan kompetensi yang ada dan telah dilaksanakan. Perbincangan menyentuh pelbagai aspek penting, termasuk modul latihan persijilan yang bersesuaian dengan bidang, dan standard persijilan yang akan diterapkan. Fokus utama adalah untuk memastikan latihan yang diberikan kepada pelajar selari dengan keperluan bidang dan industri semasa dan membantu mereka menjadi lebih kompetitif di pasaran pekerjaan.
Ts Dr Mohd Shahir menyatakan bahawa kerjasama ini akan memberikan manfaat besar kepada pelajar. “Dengan adanya kerjasama ini, pelajar kami akan mendapat peluang untuk menjalani latihan yang berkualiti dan diiktiraf. Ini juga akan meningkatkan kebolehpasaran mereka apabila tamat pengajian kelak”, katanya.
Pihak FPTV menunjukkan sokongan dan komitmen mereka dan bersedia menyediakan fasiliti dan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam mencapai matlamat yang dihasratkan oleh CeDS. Ts Dr Mohd Hasril bin Amiruddin, Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), menyatakan bahawa pihaknya bersedia untuk bekerjasama erat dengan CeDS dalam memastikan setiap pelajar mencapai standard kompetensi yang ditetapkan.
Dengan inisiatif ini, CeDS berharap dapat melahirkan graduan yang bukan sahaja memiliki pengetahuan teori yang kukuh, tetapi juga kemahiran praktikal yang diiktiraf, menjadikan mereka lebih bersedia untuk menghadapi cabaran dalam dunia pekerjaan.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor