Berita
DipX: JSM 2024 dan Sehari Bersama IAP Membuka Mata Pelajar Diploma Kepada Realiti Industri
PAGOH: Program pertandingan inovasi DipX: JSM 2024 dan Sehari Bersama Panel Penasihat Industri (IAP) yang berlangsung pada 23 Jun 2024 telah mencapai matlamatnya dalam memperlihatkan hasil-hasil inovasi dari para pelajar Diploma Sains Gunaaan (DAU). Sebanyak 20 hasil inovasi telah dipertandingkan. Program ini telah dijayakan dengan kehadiran seramai 100 orang pelajar DAU dan 27 orang tenaga pengajar dari Jabatan Sains dan Matematik (JSM). Wakil daripada pihak industri, Encik Mohd Fadzil bin Hasbullah dari Sime Darby KKS Kempas selaku penasihat industri bagi program DAU telah sudi meluangkan masa sehari bersama para pelajar dan staf. Beliau telah turut serta membuat penilaian hasil inovasi para pelajar pada sesi pagi.
Penglibatan penasihat industri dalam penilaian memberikan maklum balas yang berharga kepada para pelajar tentang kekuatan dan kelemahan mereka, membantu mereka mengasah kemahiran dan menjadi lebih berdaya saing. Melalui pendekatan ini juga, para pelajar dapat memahami kehendak dan trend dalam industri, serta mengembangkan kemahiran secara holistik dalam menghasilkan produk inovatif.
Program dilanjutkan dengan sesi perkongsian bersama penasihat industri pada sebelah petang. Sesi perkongsian ini diadakan untuk memperkenalkan kepada para pelajar peluang-peluang pengajian dalam bidang yang relevan dengan industri, serta untuk berkongsi strategi dan langkah-langkah praktikal untuk memasuki industri dan membangun kerjaya yang berjaya. Penasihat industri DAU juga memberikan wawasan mengenai prospek masa depan industri, trend-trend yang mempengaruhi permintaan tenaga kerja, serta kepelbagaian peranan dan peluang kemajuan kerjaya dari peringkat pemula hingga profesional dalam alam pekerjaan. Beliau juga menggalakkan peserta untuk mengembangkan sahsiah yang berorientasi masa depan dan fleksibel dalam menghadapi perubahan teknologi dan globalisasi agar dapat memastikan kemenjadian kebolehpasaran yang lebih tinggi.
Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi program inovasi DipX: JSM dan sesi pertukaran cenderamata kepada penasihat industri. Program ini telah berakhir dengan kejayaan yang besar dan bukan sekadar pertandingan inovasi biasa, malah ianya adalah merupakan platform yang berkesan untuk kolaborasi dengan wakil industri yang berpengalaman dalam memberikan pandangan yang berharga tentang kehendak dan standard industri sebenar dari aspek penghasilan inovasi mahupun perkembangan kerjaya para pelajar. Jalinan kerjasama yang terjalin melalui program ini akan memperluas jaringan profesional para pelajar, membuka ruang ke peluang baru, dan memperkuat reputasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia secara amnya dan JSM khasnya di mata industri.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor