Berita
Karnival D’CivilFest 2024 Wadah Mengetengahkan Idea Inovatif
PAGOH: Karnival D’CivilFest 2024 merupakan sebuah acara yang dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk mempamerkan hasil kajian dan inovasi pelajar dalam bidang Kejuruteraan Awam. Acara ini telah diadakan pada 24 Jun 2024 (Isnin) dari pukul 8:00 pagi hingga 1:30 tengah hari di Dewan Serbaguna (MPH), Kemudahan Guna Sama, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh.
Objektif karnival bertujuan untuk:
- Mempersembahkan Hasil Kajian
Memberi platform kepada pelajar untuk mempamerkan hasil kajian dan inovasi mereka dalam bidang Kejuruteraan Awam. - Pengembangan Ilmu Pengetahuan
Membantu pelajar memperluas pengetahuan mereka dengan berkongsi dan belajar dari hasil kajian rakan-rakan mereka. - Menghasilkan Idea Inovatif
Menggalakkan pelajar untuk menghasilkan idea-idea inovatif yang berpotensi untuk memajukan negara, terutamanya dalam bidang Kejuruteraan Awam.
Proses penilaian dan pemilihan adalah seperti berikut:
- Sesi Penilaian Awal
Dari keseluruhan penyertaan, 25 kumpulan terbaik dipilih berdasarkan hasil kajian dan inovasi yang dipersembahkan. - Sesi Moderasi
12 kumpulan terbaik dipilih dari kalangan 25 kumpulan tersebut melalui sesi moderasi untuk mara ke peringkat seterusnya. - Penilaian Akhir:
Dalam sesi penilaian akhir, 3 kumpulan terbaik dipilih untuk menerima medal emas, perak dan gangsa. Penilaian peringkat ini dijalankan oleh panel industri yang terdiri daripada 7 orang panel industri dan 2 orang ahli Panel Penasihat Program (IAP) JKA.
Program ini diharapkan dapat menjadi platform berterusan bagi para pelajar dalam bidang Kejuruteraan Awam untuk mengasah bakat dan kreativiti mereka serta menyumbang kepada kemajuan teknologi dan inovasi dalam bidang tersebut. JKA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh AJK program, panel-panel industri, IAP, para pelajar dan semua yang telah terlibat secara langsung atau secara tidak langsung.
Tahniah kepada semua.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor