Berita
Bengkel Bersama Pemeriksa Luar 2024: Mempertingkatkan Kualiti Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal Menjadi Agenda Utama
PAGOH: Bengkel Bersama Pemeriksa Luar telah berjaya dilaksanakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Cawangan Pagoh anjuran Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), UTHM. Bengkel ini bertujuan untuk memenuhi keperluan akreditasi Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) dengan menyediakan laporan semakan oleh pemeriksa luar program bagi program diploma kejuruteraan mekanikal (DAM) setiap dua tahun sekali.
Bengkel ini dihadiri oleh Prof. Madya Ir Ts Dr Mohd Hadzley bin Abu Bakar dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang dilantik sebagai pemeriksa luar program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DAM), bersama-sama staf-staf JKM yang diketuai oleh Dr Noor Azizah binti Sidek selaku Ketua Jabatan JKM.
Objektif utama bengkel ini adalah untuk mendapatkan maklum balas, idea, dan nasihat daripada pemeriksa luar mengenai konsep dan amalan pelaksanaan Outcome-Based Education (OBE) dalam program DAM. Ini penting agar program DAM terus relevan dengan keperluan industri semasa dan masa depan.
Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas tentang kurikulum dan silibus program sedia ada serta cadangan penambahbaikan yang diperlukan. Ini adalah untuk memperkukuh program mengikut standard program dan manual akreditasi ETAC yang terkini.
Segala hasil dapatan, teguran dan maklum balas yang diperoleh akan digunakan untuk menilai semula kurikulum serta hasil program secara amnya dan pencapaian pembelajaran keseluruhan khususnya. Ini dalam memastikan mutu pendidikan yang ditawarkan sentiasa dipertingkatkan serta memastikan proses jaminan kualiti program DAM sentiasa terlaksana dan mengikut keperluan semasa.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor