Berita
Kualiti Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal Sentiasa Ditambahbaik Melalui Bengkel Bersama Pemegang Taruh
PAGOH: Mesyuarat pemegang taruh bagi program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DAM) telah berjaya dilaksanakan beberapa siri sepanjang bulan Mei 2024 anjuran Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada tahun ini. Mesyuarat ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pemegang taruh dalam usaha penambahbaikan kualiti program dan memenuhi keperluan akreditasi Engineering Technology Accreditation Council (ETAC).
Siri pertama mesyuarat dimulai dengan sesi bersama wakil industri dan alumni yang berlangsung pada Isnin, 13 Mei 2024, di UTHM Kampus Cawangan Pagoh. Wakil industri yang hadir ialah Encik Aizad Faliq bin Asmayuddin, manakala wakil alumni ialah Encik Ibrahim bin Ismail, yang mana kedua-duanya datang dari Pengerang Refining and Petrochemical (PrefChem) Sdn Bhd. Beberapa staf JKM juga turut terlibat dalam sesi ini antaranya Dr Noor Azizah binti Sidek selaku Ketua Jabatan JKM, Puan Siti Mariam binti Basharie sebagai Ketua Program DAM dan penyelaras-penyelaras jawatankuasa yang berkenaan. Lawatan ke kemudahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) seperti bilik kuliah, makmal, dan bengkel yang terlibat dengan program DAM turut diadakan di sebelah petang bersama wakil industri dan alumni bagi melihat kecukupan dan kesesuaian kemudahan yang digunakan pada masa sekarang dengan pengikut perkembangan semasa penggunaan di industri.
Siri kedua merupakan perbincangan bersama wakil ibu bapa dan pelajar yang berjaya dilaksanakan pada Isnin, 20 Mei 2024, secara dalam talian melalui platform Microsoft Teams. Wakil ibu bapa yang terlibat ialah Ts Dr Ing. Muhammad Akmal bin Johar dari Petronas PD&T, manakala wakil pelajar ialah Muhammad Ammar Haziq bin Muhammad Akmal, pelajar tahun 2 DAM. Banyak input yang diperolehi daripada wakil ibubapa dan pelajar dalam menambahbaik kandungan kursus yang bersesuaian dengan kehendak industri.
Kedua-dua siri mesyuarat ini berjaya memperoleh dapatan yang penting untuk penambahbaikan kualiti program di masa hadapan. Para pemegang taruh memberikan cadangan dari aspek akademik, kualiti, kemudahan, kemudahan, dan pengurusan sokongan bagi memastikan program DAM kekal relevan dan memenuhi standard ETAC.
CeDS sentiasa komited melaksanakan aktiviti bersama pemegang taruh ini dengan kekerapan dua tahun sekali dalam memastikan program Diploma yang dijalankan kekal relevan dan berdaya saing dalam melahirkan graduan yang berkualiti dengan pengetahuan dan kemahiran teknikal yang terkini, cekap, dan berdaya saing sebelum menghadapi cabaran sebenar di dunia pekerjaan.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor