Berita
Memperkasa Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal Melalui Bengkel Bersama Penasihat Industri
PAGOH: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan bengkel bersama penasihat industri pada Rabu, 26 Jun 2024, bertempat di Bilik Mesyuarat 5, Bangunan A1, UTHM Kampus Cawangan Pagoh. Bengkel ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memastikan program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DAM) yang diakreditasi oleh Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) sentiasa relevan dengan keperluan industri.
Bengkel ini melibatkan penasihat panel industri program iaitu Encik Maizul Zaihan bin Solehan, seorang ahli industri yang berpengalaman dalam bidang pembuatan (lean manufacturing) dan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM). Beliau kini memegang jawatan sebagai Assistant General Manager (Plant Head) di Anshin Precision Industries Sdn Bhd, Shah Alam, Selangor.
Bengkel ini dimulakan dengan pembukaan oleh Dr Noor Azizah binti Sidek selaku Ketua Jabatan, JKM sebelum pembentangan oleh Puan Siti Mariam binti Basharie selaku Ketua Program DAM kepada penasihat industri.
Antara objektif utama bengkel ini adalah untuk mendapatkan maklum balas, idea, dan khidmat nasihat daripada Encik Maizul Zaihan bagi memastikan program DAM sentiasa selari dengan keperluan industri semasa dan akan datang. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk memperbaiki kurikulum dan silabus program mengikut standard program dan manual akreditasi ETAC.
Setelah selesai sesi perbincangan program, Encik Maizul Zaihan berkesempatan menjadi panel penilai industri di Karnival Inovasi i-MECa 2024. Beliau menilai dan memberikan maklum balas yang sangat berguna kepada sepuluh projek tahun akhir yang terbaik oleh kumpulan pelajar DAM.
Dapatan dan maklum balas yang diperoleh daripada bengkel ini akan digunakan untuk memantau semula kurikulum serta hasil program secara amnya. Ini akan mempertingkatkan mutu pendidikan program diploma yang ditawarkan dan memastikan proses jaminan kualiti program DAM sentiasa terlaksana mengikut keperluan semasa.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor