Skip to main content

Berita

Karnival Inovasi Kejuruteraan Mekanikal 2024 (i-MECa 24)

Oleh Encik Tuan Mohd Hafeez bin Tuan Ibrahim
21 Jun 2024, 11:28 am
Karnival Inovasi Kejuruteraan Mekanikal 2024 (i-MECa 24)

PAGOH: Karnival Inovasi Kejuruteraan Mekanikal 2024 (i-MECa 24) melibatkan penyertaan 10 projek terbaik daripada 48 projek yang telah dipilih oleh Jawatankuasa Projek Diploma, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Pemilihan ini berdasarkan penilaian panel penilai yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah di peringkat jabatan.

10 Projek Terbaik ini pula akan dinilai oleh panel penilai daripada industri dan juga fakulti lain di UTHM.

Berikut adalah keputusan penilaian yang telah dilaksanakan:

  • Tempat Pertama
    Kumpulan MEC 8 - Aqua Feeder Pro
  • Tempat Kedua
    Kumpulan MEC 2 - Portable Green Sand Separator
  • Tempat Ketiga
    Kumpulan MEC 12 - 2in1 Volleyball Machine Training
  • Anugerah Penulisan Kertas Teknikal Terbaik
    Kumpulan MEC 2 - Portable Green Sand Separator
  • Anugerah Booth Pameran Terbaik
    Kumpulan MEC 12 - 2in1 Volleyball Machine Training

Secara keseluruhannya, program berjalan lancar seperti yang dirancang. Kesemua ahli jawatankuasa dan para peserta memberikan komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang program berlangsung.