Berita
Program Suka-Suka Johorean 2024, Anjuran Persatuan Pelajar Diploma Sesi 2024/2025
BATU PAHAT: Program Suka-Suka Johorean 2024 ini telah melibatkan lebih daripada 20 mahasiswa/i yang sama-sama membantu untuk menjayakan program ini. Program ini telah berlangsung pada 20 September, Jumaat dimana tarikh peserta bergotong-royong bersihkan kawasan Tabika KEMAS Kg Baru MK7, SK Sri Idaman dan Masjid Kampung Baru. Pada 21 September, telah berlangsungnya aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar kampung, melaksanakan aktiviti rewang dan Forum Perdana Sukarelawan Memberi Seribu Kebaikan. Seramai 18 orang ahli jawatankuasa telah bertungkus-lumus mengerahkan tenaga dan menyumbangkan idea bagi menjayakan program ini. Dua orang penasihat juga turut bertanggungjawab keatas program ini iaitu Ts Mohd Muzaffar bin Zahar dan Sr Nornajihah binti Mohammad Yazid.
Program ini telah melibatkan penyertaan pelajar kampus cawangan Pagoh. Untuk makluman, Persatuan Pelajar Diploma Sesi 2024/2025 telah membuka penyertaan kepada mahasiswa/i Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di platform Google Form. Yuran penglibatan adalah berpatutan dan mampu milik oleh semua pelajar. Yuran penglibatan ini juga disediakan dengan cenderamata yang menarik bagi menarik minat peserta untuk menyertai program ini.
Program Suka-Suka Johoren 2024 bertujuan untuk mendedahkan faedah aktiviti sukarelawan kepada mahasiswa/i. Oleh itu, penglibatan peserta dan ahli jawatankuasa telah meringankan beban penduduk kampung dengan membersihkan dan menceriakan kawasan sekitar kampung. Program ini akan melahirkan warga UTHM yang pemurah dan prihatin dalam menghulurkan bantuan dari segi tenaga kerja dan dana serta dapat memupuk semangat kemasyarakatan dalam komuniti. Dengan adanya program seperti ini, secara tidak langsung merupakan satu langkah yang dominan dalam mengambil inisiatif untuk menerapkan aktiviti sukarelawan dalam diri mahasiswa/i UTHM.
Program Suka-Suka Johorean juga mampu meningkatkan kefahaman dan pengetahuan peserta beserta ahli jawatankuasa berkenaan tradisi Kampung Baru. Contoh seperti Rewang bersama warga kampung, cara penduduk kampung bekerja sama untuk menceriakan kawasan kampung. Selain itu, pihak kampung juga menyediakan beberapa pertandingan seperti gubahan bunga, pertandingan hiasan motosikal dan basikal dengan menyediakan hadiah yang lumayan untuk menarik kedatangan penduduk kampung. Kehadiran penduduk kampung mampu untuk menceriakan suasana Majlis Malam Penutupan Program Suka-Suka Johorean dengan jayanya.
Diharapkan agar program ini meninggalkan kesan dan memberi impak yang positif terhadap mahasiswa/i supaya dapat melatih warga UTHM untuk bersikap pemurah dan prihatin kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana, mahasiswa/i inilah tidak lain tidak bukan yang akan membantu dan mendorong kepada kecemerlangan UTHM pada masa yang akan datang.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor