Berita
Kelestarian Alam Mentransformasikan Sisa, Menjana Masa Depan
SIMPANG RENGGAM: Jabatan Kejuruteraan Awam, Pusat Pengajian Diploma (CeDS) dengan kerjasama Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat (ICRC), telah menganjurkan Program Pemindahan Ilmu (TVET) bertemakan Kelestarian Alam Mentransformasikan Sisa, Menjana Masa Depan di SK Seri Maju Jaya. Program ini bertujuan memperkenalkan kaedah inovatif dan kreatif dalam pengurusan sisa kepada pelajar dan masyarakat setempat.
Acara dimulakan dengan ceramah bertajuk Lestari Alam Tanggungjawab Kita Bersama oleh Ts Dr Norhayati binti Ngadiman, yang menekankan kepentingan penjagaan alam sekitar. Aktiviti diteruskan dengan pertandingan Thrash Innovative dan Thrash to Glam, di mana para peserta menerapkan teknologi hijau untuk menukar sisa kepada produk bernilai tambah. Selain itu, program ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), khususnya Pendidikan Berkualiti (SDG 4), Kota dan Komuniti Lestari (SDG 11), serta Pengeluaran dan Penggunaan Bertanggungjawab (SDG 12), dan diharap dapat menggalakkan amalan lestari dan inovasi dalam kalangan generasi muda dan komuniti setempat.
Terima kasih diucapkan kepada YBrs. Encik Zolkapley bin Ibrahim, Guru Besar SK Seri Maju Jaya; Encik Rozli bin Hassim, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Seri Maju Jaya; guru-guru, ibu bapa, dan murid-murid SK Seri Maju Jaya atas sokongan dan kehadiran mereka yang menjayakan program ini.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawata...
-
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading
-
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
-
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21
-
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan
-
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global
-
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar
-
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16
-
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka...
-
Lawatan CeDS ke JPN Johor