Skip to main content

Berita

UTHM Jalin Kerjasama Strategik Bersama Industri Melalui MoU dan MoA

Oleh Ts Azli bin Yusop
20 Mei 2025, 11:16 am
UTHM Jalin Kerjasama Strategik Bersama Industri Melalui MoU dan MoA

PAGOH: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), menerusi Pusat Pengajian Diploma (CeDS), telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) bersama tiga rakan industri dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Kampus Cawangan Pagoh.

Majlis menandatangani dokumen kolaborasi tersebut melibatkan wakil daripada Koperasi Komuniti Hybrid Selatan Berhad, Dignity Tech Resources Sdn Bhd, dan Cytron Technologies Malaysia Sdn Bhd.

Menurut Dekan CeDS, Dr Muhammad Faizal bin Ismail, kerjasama ini merupakan satu langkah strategik yang seiring dengan fokus CeDS dalam bidang Teknologi Mampan serta pembangunan pelajar secara holistik.

Sementara itu, Provost Kampus Pagoh, Prof. Dr Afandi bin Ahmad, menyifatkan majlis ini sebagai permulaan kepada hubungan simbiotik antara universiti dan industri yang berpotensi merangsang penyelidikan berimpak tinggi serta penambahbaikan kurikulum akademik.

Majlis turut dimeriahkan dengan sesi pertukaran dokumen rasmi, ucapan aluan, dan jamuan makan tengah hari. Kerjasama yang dimeterai dijangka membuka ruang luas untuk pelaksanaan aktiviti bersama seperti penyelidikan, latihan industri, dan pembangunan program yang berteraskan keperluan semasa industri.